Friday, April 10, 2009

Kawan aku meninggalkan aku buat selamanya :(

Pada tanggal 6 April 2009 bersamaan hari Isnin. Hari bersejarah buat aku yang aku ingati sampai bila-bila pun iaitu hari pemergiaan salah seorang daripada kawan ku iaitu Allahyarham Muhd Amir bin Sahar yang menghidap sakit barah paru-paru. Sebelum pemergiaan arwah, aku sempat bercakap sedikit sahaja sebelum dia sempat meninggalkan aku buat selama-lamanya. Banyak kenangan aku dan si arwah. Aku kenal si arwah daripada aku berumur 7 tahun ketika kami sama-sama satu kelas hingga sampai hayat ini 15 tahun. 9 tahun perkenalan kami akhirnya Allah lebih menyanyangi dia, dia pergi dulu meninggalkan aku. Pergi kerana menyambut seruan ilahi.

Mungkin sukar aku lupakan dia kerana pelbagai kenangan aku dan dia dan gurauan yang akan aku ingat sampai aku mati nanti. Aku tidak boleh melihat wajahnya kerana aku terasa sungguh sedih. Mungkin akan aku kenangkan dia sebagai kenangan terindah buat hidupku. Sebelum itu arwah ada berpesan supaya dia menginginkan kami semua dapat 9A seperti UPSR dulu, Insyallah aku berjanji akan mendapatkan 9A. Padamu arwah yang tersayang, al-Fatihah dan salam buat mu. Aku selalu mendoakan mu. Semoga kau berada dalam golongan orang yang BERIMAN. Amin


Photobucket

No comments:

Post a Comment